Konsisten dan Jangan Sekali-kali Mengalah

Konsisten. Putrajaya tidak dibina dalam sehari. Ia mengambil masa untuk membina perhubungan dalam bisnes Pemasaran Rangkaian. Ingat! Orang suka buat bisnes dengan orang dan bukannya syarikat. Jadi, anda mesti ambil masa untuk membina perhubungan. Itulah dia konsep bisnes Pemasaran Rangkaian iaitu ‘membina perhubungan’. Anda mesti lakukan ini jika anda bercita-cita mencapai pendapatan yang diidam idamkan.

Jangan Mengalah (Quit). Inilah perkara paling penting yang perlu difahami. Selama-lamanya anda tidak akan berjaya jika anda mengalah (quit). Ini yang dilakukan oleh majoriti peserta bisnes pemasaran rangkaian. Mereka bukan gagal tetapi sebaliknya mereka mengalah. Jika dilihat diatas kertas, segala-galanya boleh dicapai tetapi kenapa mengalah angkat bendera putih. Ya. Ada faktor-faktor adalah diluar kawalan anda tetapi jika anda memahami segala cabaran-cabaran yang perlu diatasi, anda akan berjaya menjadi pakar atau sifu bisnes ini di suatu hari kelak.

Leave a comment