Fokus Mengusahakannya

Fokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana pendapatan. Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah pembinaan rangkaian. Lebih memburukkan keadaan, terdapat TERLALU banyak ‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalih perhatian anda di luar sana terutama di online menyebabkan anda perlu fokus yang tinggi kepada bisnes anda.

Bertindak mengikut fokus. Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan kemana.

Jangan Jadi “Gila Pelbagai MLM”. Terdapat beberapa peserta dalam industri ini yang mempunyai kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, Peserta professional seperti mereka ini tidak ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula part-time , mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya. Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited jangka panjang akan berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus satu syarikat ditambah pula beberapa syarikat. Membahagikan masa dan tenaga untuk pelbagai syarikat akan menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu syarikat sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s