Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,..

Selamat Datang ke blog peribadi saya, Kamaruzaman Zainal atau KZ. Berbintang LEO dan sukakan warna Merah walaupun sesuai menggunakan warna grey, putih dan emas.🙂

Sukakan perniagaan sejak dari kecil tetapi hanya menceburkan diri dalam alam ini pada tahun 2000. Sebelum itu, pelbagai pengalaman telah saya kutip sewaktu bertugas sebagai Diplomat Di Luar Negara dan Pengarah Eksekutif sebuah syarikat di Bursa Malaysia.

Pada awal tahun 2010, saya telah terpikat dengan corak perniagaan Pemasaran Rangkaian. Syarikat pertama yang saya sertai adalah XANGO, diikuti penyertaan dalam Komuniti Mudah Alih WOW. Apabila saya mula meneroka pemasaran rangkaian melalui internet, saya juga telah menyertai beberapa program affiliate yang saya gunakan sebagai alat sokongan untuk menyebarkan pengetahuan berkaitan bisnes ini. Saya aktif dalam perniagaan tersebut kerana cara ia dijalankan tidak bertindih (overlap) antara satu sama lain dan menggunakan modus operandi yang sangat berbeza tetapi masih berkaitan dalam soal ‘coaching’ bisnes ini.

“You can have everything in life that you want if you will just help enough other people get what they want.” – Zig Ziglar

Saya dedikasikan blog ini untuk menulis tentang kegiatan dalam bisnes pemasaran rangkaian yang saya ceburi dan berkongsi dengan pembaca mengenai selok belok bisnes ini yang masa depannya disifatkan sebagai gelombang peralihan yang akan mengambil alih bisnes francis yang kosnya sangat tinggi bagi orang biasa-biasa.

Ratubuah adalah username yang biasa saya gunakan untuk mendaftar dalam sebarang program Pemasaran Rangkaian dan sebagai nama pena di alam internet.

Sementara itu, Ratubuah DotCom adalah syarikat yang saya tubuhkan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan bisnes pemasaran rangkaian saya.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih cepat tentang maklumat semasa mengenai keempat-empat bisnes saya tersebut, cara terbaik adalah klik butang “LIKE” di Page Kamaruzaman Zainal (KZ), Ratubuah DotCom” di facebook.

Jika anda ingin mengetahui dengan mendalam tentang bisnes pemasaran rangkaian yang saya ceburi, sila klik menu program-program berkenaan di menu atas blog ini. Anda akan diberikan penerangan secara terperinci termasuk link-link berkaitan bisnes tersebut.

Secara ringkas, jika anda ingin terlibat dengan sebuah syarikat jualan langsung antarabangsa yang amat hebat dan terkenal sebagai syarikat masa depan dan telah diiktiraf sebagai pencipta kategori minuman kesihatan, anda klik Partner Dengan KZ.

Jika anda ingin terlibat dengan produk orangramai iaitu bisnes Prepaid TuneTalk yang dibawa oleh syarikat tempatan dan boleh dilakukan 70% secara online, anda klik program ‘referral’ (rujukan) Komuniti WOW.

Peringatan awal saya, apabila anda ingin menceburi bisnes ini, pilih syarikat yang produknya yang akan anda gunakan sentiasa. Apabila telah membuat keputusan, mulakan pembelajaran anda kerana perniagaan pemasaran rangkaian bukanlah mudah seperti yang disangka.

Sekali lagi, selamat datang ke blog ini, dan saya amat berharap untuk mengenali anda dengan lebih dekat. Saya juga ingin mendengar komen-komen anda dalam post-post yang berada di blog ini. Terima Kasih.🙂

– Kamaruzaman Zainal (KZ)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s