Bagaimana Pemasaran Rangkaian Beroperasi

 

Konsep operasi Pemasaran Rangkaian adalah mudah. Ia mengandungi 2 prinsip asas yang utama.

Pertama, syarikat bergantung kepada ahli pengedar bebas untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka terus kepada pengguna. Dengan cara ini, syarikat telah mengelakkan orang tengah yang biasa wujud dalam rantaian perniagaan tradisional. Menerusi aktiviti jualan terus, anda tidak memerlukan sebarang tempat yang spesifik untuk menjual atau memerlukan kempen pengiklanan yang selalunya berkos tinggi dan mahal.

Keduanya, wakil-wakil pengedar bebas ini diberikan peluang untuk membina organisasi jualannya dan rangkaian pengedarannya atau lebih dikenali sebagai membina downline. Wakil pengedar tersebut pula akan menerima  imbuhan kewangan secara mingguan, bulanan atau tahunan daripada syarikat.

Atas kertas, memang nampak mudah. tetapi pelaksanaannya adalah kompleks. Wakil pengedar bergantung kepada syarikat untuk membekalkan produk atau perkhidmatan berkualiti dan merencanakan sistem sokongan seperti operasi, pemasaran, jualan khidmat pelanggan dan pembangunan insan. Syarikat pula bergantung kepada wakil pengedar untuk mempelajari dan mengikuti sistem serta mengajarkannya kepada wakil pengedar downline mereka. Kejayaan mutlak syarikat pemasaran rangkaian bergantung kepada sejauhmana efektifnya sistem dan kebolehan wakil-wakil pengedarnya mengikuti dan mengajar sistem tersebut.

Untuk segalanya berjaya semua pihak perlu komited, ghairah dan bekerjasama serta mempunyai nilai yang tak perlu disebut lagi iaitu adil dan jujur.

Posted in ABC Pemasaran Rangkaian | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Kelebihan Unik Pemasaran Rangkaian

 

Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing). Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi, anda harus mengkajinya.

  1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!
  2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.
  3. Risiko yang minimum – Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .
  4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif – Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!
  5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
  6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
  7. Bekerja secara Online dan/atau Offline – Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.
  8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
  9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.
  10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!
  11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
  12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
  13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.
  14. Pembangunan diri yang komprehensif – Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
  15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’  atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian  adalah berdasarkan perniagaan membina hubungan!
  16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja – Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
  17. Perniagaan yang boleh diwariskan – Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.

Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda..

“Dream BIG and keep it SIMPLE”

Posted in ABC Pemasaran Rangkaian | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Perniagaan Rangkaian Di salahtafsirkan

Fakta dalam kehidupan seharian, kita sering berkongsi tentang sesuatu perkara yang kita suka atau tidak suka dengan saudara-mara, rakan-rakan dan kenalan terdekat. Contohnya kita bercerita tentang Filem, Barangan Dapor atau barangan harian yang dibeli.

Secara teknikal, definasi  Pemasaran Rangkaian (Network Marketing) adalah seperti berikut :

Pemasaran Rangkaian adalah sistem pengedaran barangan atau perkhidmatan melalui ribuan rangkaian Jurujual atau Pengedar. Pengedar tersebut mendapat mendapat imbuhan kewangan, dengan cara menjual barangan atau perkhidmatan secara terus dan juga dengan merekrut dan menaja jurujual lain menjadi sebahagian daripada ‘downline’ atau organisasi jualannya. Pengedar akan mendapat komisen bulanan dan bonus daripada jumlah jualan yang dihasilkan oleh organisasi jualannya (‘downline’).

Ooops.. anda mungkin berkata “Pemasaran Rangkaian adalah untuk salesman atau jurujual dan bukan untuk saya”. Itu silap sama sekali. Anda tidak perlu menjadi Super Salesman untuk membina perniagaan Pemasaran Rangkaian. Ini adalah kerana pengalaman tidak diperlukan jika anda mampu berkomunikasi dengan baik tentang produk atau perkhidmatan yang anda suka dan sedang menggunakannya, ia bermakna anda mampu untuk berjaya membina perniagaan Pemasaran Rangkaian anda sendiri.

Berikut adalah beberapa perkara BENAR dan TIDAK BENAR tentang Pemasaran Rangkaian:

1. Pemasaran Rangkaian atau Multi Level Marketing (MLM) adalah sah disisi undang-undang. Ia bukanlah tidak beretika.

2. Pemasaran Rangkaian bukanlah satu cara atau peluang mendapatkan wang untuk cepat kaya melalui pembayaran orang yang menjadi ahli. Itu adalah Skim Piramid.

3.  Pemasaran Rangkaian bukanlah Skim Piramid yang tidak sah mengikut undang-undang (illegal) dan tidak beretika langsung.

4. Pemasaran Rangkaian bukan peluang untuk CEPAT KAYA!!.

5. Pemasaran Rangkaian bukan dibuat dengan perkiraan mudah bahawa mereka yang gagal akan membayar mereka yang berjaya. Itu juga Skim Piramid.

6.  Pemasaran Rangkaian bukan peluang untuk membiarkan orang lain membina organisasi jualan untuk anda.

7. Pemasaran Rangkaian bukan hanya untuk Jurujual (salesman).

8. Pemasaran Rangkaian tidak mahal. Tidak seperti perniagaan lain, modal untuk bermula selalunya rendah, kebiasannya kurang dari RM2,000 dan kebanyakannya adalah dibawah RM500.

9. Pemasaran Rangkaian bukanlah satu cara untuk syarikat menjual inventori atau stok pada jumlah yang besar dan banyak kepada Pengedar.

10. Pemasaran Rangkaian bukanlah cara syarikat menjual sesuatu produk yang tidak diinginkan oleh pasaran atau produk yang tidak digunakan.

11. Pemasaran Rangkaian bukan lesen untuk menjual barangan pada harga yang terlalu mahal dan yang sengaja dinaikkan.

12. Pemasaran Rangkaian bukan untuk mereka yang tidak mahu bekerja keras.

13. Pemasaran Rangkaian bukan untuk mereka yang tidak boleh atau tidak mahu mengikut sistem berkesan yang boleh membawa kepada kejayaan.

Sebagai satu profession, Pemasaran Rangkaian membuka pintu menjemput semua orang tanpa mengira jantina, pengalaman, pendidikan, kedudukan kewangan untuk bersama-sama membina perniagaan yang mempunyai potensi keuntungan lumayan. Dengan kata lain, ramai professional menyertai perniagaan ini seperti doktor, peguam dan lain-lain, tetapi tidak kurang juga mereka yang baru selesai pengajiannya. Perniagaan ini boleh dilakukan secara penuh masa atau secara part-time. Ianya satu-satu perniagaan dimana anda boleh mencapai kejayaan yang anda tidak pernah mimipikan.

Seperkara lagi, Ia bukanlah satu profession dimana semua orang yang menyertainya boleh berjaya, tetapi ia menjanjikan kejayaan kepada mereka yang boleh memberikan komitmen dan pengorbanan yang diperlukan.

Posted in ABC Pemasaran Rangkaian | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Menilai Kelebihan Sistem Email Autoresponder TrafficWave

Terdapat banyak perkhidmatan sistem email autoresponder (ARS) yang ditawarkan di internet yang akan menyebabkan kita keliru apabila hendak memilih yang terbaik untuk bisnes kita. Salah satu servis sistem email autoresponder yang terdapat di pasaran adalah TrafficWave.

Seperti mana pelbagai sistem email ARS yang wujud di internet, TrafficWave juga mempunyai perbezaan-perbezaan tersendiri daripada sistem yang lain. Mari kita menilai perbezaan-perbezaan tersebut.

1. Yuran fee bulanan kekal sama.

Sistem email ARS seperti Aweber dan Get Response adalah pilihan ramai pada masa ini, tetapi tidak ramai yang sanggup membayar lebih lagi setiap kali bilangan email mereka bertambah. Benar jika anda katakan bahawa anda akan mampu apabila membayar lebih kerana senarai email anda semakin bertambah yang bermakna bisnes anda semakin maju. Tetapi, bagi sesetengah orang ini bukan kesnya. Jadi, TrafficWave telah menetapkan fee bulanan pada kadar $17.95 sebulan. Lebih penting lagi, TrafficWave membenarkan anda ‘test drive’ perkhidmatannya selama sebulan PERCUMA tanpa ditanya nombor akaun Kad Debit/Kredit. Ini bermakna, semua orang boleh melihat dan mengalami servis TrafficWave tanpa risiko selama sebulan.

2. Ciri-ciri penting yang perlu ada pada autoresponder

Walaupun, fee bulanan adalah tetap, tidak bermakna TrafficWave memotong ciri-ciri penting autoresponder. Masih terdapat ciri-ciri ‘Email broadcast’, ‘link tracker’, ‘kempen autoresponder’ dan ‘messages’ tanpa had yang diberikan oleh TrafficWave. Jika anda tiada laman web untuk mempromosi ‘landing page’, anda akan diberikan satu page hos untuk anda mempromosi ‘opt-in’ box. Anda juga boleh menghantar ‘message’ dalam teks format HTML. Keseluruhannya, anda masih mempunyai ciri-ciri asas yang terdapat pada servis ARS berbayar yang lain, malah lebih lagi.

3. Struktur pembayaran komisen yang tinggi.

TrafficWave menawarkan pelan pemasaran ‘affiliate’ kepada anda. Kebanyakan servis ARS membayar satu aras atau dua aras sahaja dalam program pemasaran affiliate mereka. Sebagai contoh Get Response pernah mempunyai program affiliate dua aras tetapi mengubahnya kepada satu aras sahaja pada masa ini. TrafficWave pula menawarkan struktur pemasaran ‘affiliate’ sepuluh (10) aras. Ini adalah berita baik, bukan sahaja syarikat membekalkan sistem ARS, mereka juga memberikan peluang untuk anda menjana pendapatan residual secara pasif yang boleh membesar dari bulan ke bulan.

Ketiga-tiga faktor diatas adalah titik permulaan untuk anda mengenali apa yang ditawarkan oleh TrafficWave. Cara terbaik untuk mengetahui 100% potensinya, anda perlu cuba sendiri. Sistem TrafficWave membenarkan anda mencuba selama 30 hari dan anda akan dapat melihat sendiri ruang ahli secara percuma tanpa risiko. Satu tip untuk bisnes – anda boleh register percuma, ‘test drive’ dan anda promosikan sistem ini kepada kenalan anda. Ada kemungkinan, apabila tempoh 30 hari percuma anda tamat, komisen yang anda terima boleh jadi yuran fee bulan berikutnya.🙂

Secara keseluruhan, TrafficWave bukan sahaja adalah sebuah perkhidmatan servis sistem ARS yang baik, malah mempunyai potensi besar bagi mereka yang buat bisnes pemasaran affiliate untuk menjana pendapatan yang baik. Walaupun anda mungkin tidak tertarik dengan komisen ‘affiliate’ ini, anda masih boleh menggunakan sistem ARS Traffic sebagai tempat membina senarai email dalam bisnes yang anda ceburi terutama yang melibatkan aktiviti networking.

Posted in Pengurusan Email TrafficWave | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Menjadi Pengguna Bijak Melalui Prepaid WOW

Komuniti Mudah Alih WOW adalah sebuah program kemasyarakatan oleh Tune Talk. Program ini membolehkan peserta-peserta atau ahlinya menikmati pelbagai manfaat dan yang paling utamanya adalah untuk saling bantu membantu mencapai kebebasan kewangan melalui networking.

Melalui platform program komuniti ini, pesertanya akan mempunyai satu sumber untuk menjana pendapatan tambahan pasif melalui konsep pemasaran rangkaian yang innovatif dikenali sebagai Program Referral (Rujukan).

Platfom komuniti ini juga bertujuan mendidik ahlinya untuk menjadi pengguna bijak dengan mengubah talian mudah alih mereka dari suatu beban tanggunggan kepada suatu aset menjana pendapatan.

Pengendali program Komuniti Mudah Alih WOW ini adalah syarikat Tone Excel Sdn Bhd.  Di sini, saya ingin membentangkan kepada anda segala manfaat-manfaat dan kelebihan menyertai komuniti WOW.

Untuk menyertai komuniti ini, anda hanya perlu membeli Sim Kad Prepaid WOW dan menggunakannya seharian.


MANFAAT PREPAID KOMUNITI MUDAH ALIH WOW:

1. Perlindungan Insuran Kemalangan RM100,000 – Peserta program ini akan diberikan Perlindungan Insuran Kemalangan RM100,000 oleh syarikat insuran ETIQA. Syarat minimumnya adalah penggunaan “top up” sebanyak RM30.00 sebulan selama 2 bulan awal. Perlindungan Insuran bermula selepas 61 hari anda menyertai program ini.

2. ‘Point Redemption’ Tiket Air Asia – Anda berpeluang mendapat tiket penerbangan percuma dari syarikat penerbangan AirAsia melalui Redemption Programme Air Asia”. Setiap kali anda Top Up, setiap kali anda dapat mata.

3. Kadar Panggilan Lebih Murah –  Kadar panggilan rangkaian Tune Talk melalui program ini adalah 0.32 sen seminit. Ia lebih murah berbanding kadar panggilan rangkaian-rangkaian lain.

4. Kawasan Coverage Luas – Sim Kad yang digunakan adalah sama dengan semua Sim Kad yang ada di pasaran. Talian ini mengunakan rangkaian ‘ooverage’ CELCOM. Jika anda menerima ‘coverage’  CELCOM, maka anda akan menerima coverage Tune Talk. Tiada gangguan ‘service coverage’.

5. Kekalkan Nombor Sedia Ada – Anda boleh mengekalkan nombor lama samada Prepaid atau PostPaid atau gunakan sahaja nombor baru 010-xxxxxxx atau 011-xxxxxxxx.

6. Top Up Secara Epay di mana-mana Sahaja – Anda boleh membeli Top Up di mana-mana mesin E-Pay seperti di 7Eleven, KK, stesyen-stesyen minyak atau melalui perbankan internet Maybank2u dll.

KELEBIHAN UNIK PREPAID KOMUNITI MUDAH ALIH WOW:

Penyertaan keahlian Komuniti Mudah Alih WOW ini adalah dijalankan dengan menggunakan sistem pemasaran yang dinamakan Program Referral (Rujukan) yang mampu menjana pendapatan untuk anda.

1. Insentif Bonus Referral – Cara menjana pendapatan paling pantas pertama yang disediakan adalah apabila anda merujuk seorang rakan niaga baru menyertai program ini, anda akan dibayar insentif Bonus Referral (Rujukan) bernilai RM20.00 seorang tanpa sebarang syarat. Nilai bonus ini adalah amat lumayan!

2. Insentif Komisen Top Up –  Peluang menjana ‎pendapatan yang kedua pula adalah melalui pembayaran insentif Komisen Top Up sebanyak tiga Aras (Level), iaitu Aras Satu 6%, Aras Dua 3% dan Aras Tiga 11%. Setiap kali rakan niaga anda di setiap Aras tersebut membuat pembelian Top Up, anda akan menerima komisen. Pendapatan ini adalah berterusan setiap bulan selagi rakan niaga anda Top Up!.

3. Kelayakan Insentif yang Minimum – Kadar minimum untuk melayakkan anda mendapat komisen pula adalah bercakap di talian pada kadar RM20.00 sebulan. Begitu mudah dan rendah, bahkan saya pasti ramai yang bercakap di talian lebih dari itu.

4. Peluang Perniagaan Lebih Besar –  Anda juga berpeluang untuk meningkatkan lagi pendapatan secara lebih mantap dengan menjadi “Service Center”. Sebagai Service center anda boleh mendapat pendapatan melebihi daripada 3 Aras. Peluang untuk anda maju dalam bisnes ini menjadi lebih luas!

5. Anda Jadi Pengguna Bijak –  Kadar bayaran untuk menyertai program ini adalah sangat rendah iaitu dengan mendapatkan satu Sim Kad Prepaid “Tune Talk – Tone Excel – WOW” bernilai RM80.00 yang telah pun termasuk kredit panggilan bernilai RM30.00 di dalamnya. Ini bermakna kos penyertaan adalah RM50.00 sahaja. Disamping itu, program ini membolehkan anda mengubah sesuatu ‘tanggungan’ akibat asyik bercakap di talian kepada sebuah ‘aset’ untuk menjana pendapatan berterusan! Kini, handphone anda menjadi aset menjana pendapatan.. WOW!

Itu dia segala sebab mengapa anda perlu menyertai program Komuniti Mudah Alih WOW ini. Tidak ada sebarang kerugian, sebaliknya ia mampu membantu anda menjimatkan wang dan yang lebih baik lagi, ia mampu menjana pendapatan berterusan dengan modal serendah RM50 sahaja!!

Posted in Komuniti Prepaid WOW | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Sejarah Bisnes Pemasaran Rangkaian

Bagaimana Pemasaran Rangkaian atau MLM (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!

Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dipasaran dengan seluas-luasnya. Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.

Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan jualan langsung ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.

1861:  1,000
1869:  50.000
1885:  100,000
1903:  300,000

1860 – Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.

– Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.

– Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.

Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”. 

1868 – JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.

1890 – David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.

1905 – Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.

1931 – Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi”  ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).

Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.

1934 – Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc

1945 – Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan MLM pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)

Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.

Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.

Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan MLM (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.

1945 – Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.

1949 – Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.

1956 – Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan MLM (Network Marketing) untuk mengedar produk-produknya.

1963 – Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.

1975 – FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.

1979 – Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.

Posted in ABC Pemasaran Rangkaian | Tagged , , , , , | Leave a comment

Apa itu Pemasaran Rangkaian?

Pemasaran rangkaian adalah satu model bisnes yang berasaskan sebuah syarikat yang mengedarkan produk atau servisnya melalui satu rangkaian kontraktor bebas. Pemasaran rangkaian juga dikenali sebagai multi-level marketing (MLM), pemasaran affiliate atau peamasaran tier. Antara syarikat pemasaran rangkaian bertaraf antarabangsa yang terkenal adalah Amway, Shaklee. Mary Kay, Tupperware, Avon dan XANGO.

Untuk memahami bagaimana pemasaran rangkaian berfungsi, lebih mudah jika kita melihat model bisnes ‘Francising’ yang lebih kita kenali. Dalam bisnes francise, tuanpunya bisnes akan membayar syarikat induk untuk mendapatkan hak menjual produk syarikat dan mengguna nama syarikat induk. Syarikat induk pula akan memberikan tuanpunya bisnes segala latihan, pembangunan, pengiklanan dan sokongan pemasaran. Walaupun nama diluar kedai adalah nama syarikat induk, tetapi lokasinya dipunyai oleh pemilik bisnes yang bebas.

Walaupun pemasaran rangkaian bukan bisnes francis, ia berfungsi dengan cara yang sama, Terdapat syarikat MLM yang besar meletakkan pelan bisnesnya sebagai “Francis Perseorangani”. Dalam pemasaran rangkaian, syarikat mengedar produk atau servisnya melalui Pemilik Bisnes Bebas atau IBO (Independant Business Owner) yang akan memasarkan produk atau servis secara terus kepada pengguna.

Faktor utama yang menjadikan pemasaran rangkaian sangat menarik adalah Pemilik Bisnes Bebas ini bukan sahaja boleh menjual produk atau servis syarikat kepada pengguna, malahan mereka boleh membesarkan bisnes dengan cara membantu orang lain ‘set up’ bisnes yang sama. Ini dikenali sebagai ‘penajaan’ dalam industri MLM. ‘Penajaan’ bukan sahaja menguntungkan jualan terusnya malah ia membolehkannya mendapatkan keuntungan atas jualan mereka yang ditaja.

Contoh bagaimana bisnes MLM berfungsi adalah seperti berikut. Katakan Pemilik Satu adalah IBO yang menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Selain keuntungan jualan terus (retail) yang didapati oleh beliau, syarikat juga memberikan bonus atau komisen berdasarkan jumlah jualan bulanannya.

Seterusnya Pemilik Satu tadi ingin membesarkan perniagaannya dan menaja pula Pemilik Dua. Pemilik Dua juga berjaya menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Seperti Pemilik Satu, Pemilik Dua juga akan mendapat bonus atau komisen atas jumlah jualan bulanannya disamping untung jualan terus yang dilakukannya. Dengan menaja Pemilik Dua, Pemilik satu yang tadi telah menjual RM1,000 setiap bulan akan juga dihargai dari hasil jualan RM1,000 Pemilik Dua. Dengan demikian, jumlah jualan Pemilik Satu akan dikira sebagai mempunyai jumlah jualan kumpulan RM2,000.

Jika Pemilik Dua membesarkan bisnesnya dengan menaja Pemilik Tiga, Pemilik Dua akan dihargai terhadap sebarang jualan yang dilakukan oleh Pemilik Tiga. Oleh kerana, Pemilik Satu yang bertanggungjawab menaja Pemilik Dua, maka Pemilik Satu akan juga dihargai atas jualan Pemilik Dua dan Pemilik Tiga. Keupayaan untuk menjana pendapatan dari pelbagai aliran menjadikan pemasaran rangkaian sangat popular dan menguntungkan bagi mereka yang menyertainya.

Oleh kerana strukturnya, bisnes pemasaran rangkaian seringkali di salah anggap sebagai skim piramid dan semua syarikat MLM adalah haram. Sebenarnya, syarikat pemasaran rangkaian yang sah bukanlah skim piramid. Pandangan bahawa syrikat MLM adalah skim piramid haram telah lama wujud sejak 1975 lagi apabila kerajaan USA menuduh Amway Corporation menganjurkan skim piramid haram. Tetapi, perundangan negara tersebut telah mengesahkan bahawa pelan pemasaran rangkaian yang digunakan oleh Amway adalah sebenarnya sebuah model bisnes yang tidak menyalahi undang-undang. Keputusan mahkamah itu telah menyebabkan banyak syarikat MLM disahkan menurut undang-undang.

Tetapi, ini tidak bermakna semua syarikat MLM adalah bisnes yang sah, Usahawan yang ingin menyertai bisnes pemasaran rangkaian harus berhati-hati memilih organisasi syarikat yang disertai. Banyak faktor yang harus diberikan pertimbangan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Malaysia juga ada mengeluarkan panduan ciri-ciri skim yang diharamkan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna dalam sistem bisnes pemasaran rangkaian ini.

Posted in ABC Pemasaran Rangkaian | Tagged , , , , , | Leave a comment