Apa itu Pemasaran Rangkaian?

Pemasaran rangkaian adalah satu model bisnes yang berasaskan sebuah syarikat yang mengedarkan produk atau servisnya melalui satu rangkaian kontraktor bebas. Pemasaran rangkaian juga dikenali sebagai multi-level marketing (MLM), pemasaran affiliate atau peamasaran tier. Antara syarikat pemasaran rangkaian bertaraf antarabangsa yang terkenal adalah Amway, Shaklee. Mary Kay, Tupperware, Avon dan XANGO.

Untuk memahami bagaimana pemasaran rangkaian berfungsi, lebih mudah jika kita melihat model bisnes ‘Francising’ yang lebih kita kenali. Dalam bisnes francise, tuanpunya bisnes akan membayar syarikat induk untuk mendapatkan hak menjual produk syarikat dan mengguna nama syarikat induk. Syarikat induk pula akan memberikan tuanpunya bisnes segala latihan, pembangunan, pengiklanan dan sokongan pemasaran. Walaupun nama diluar kedai adalah nama syarikat induk, tetapi lokasinya dipunyai oleh pemilik bisnes yang bebas.

Walaupun pemasaran rangkaian bukan bisnes francis, ia berfungsi dengan cara yang sama, Terdapat syarikat MLM yang besar meletakkan pelan bisnesnya sebagai “Francis Perseorangani”. Dalam pemasaran rangkaian, syarikat mengedar produk atau servisnya melalui Pemilik Bisnes Bebas atau IBO (Independant Business Owner) yang akan memasarkan produk atau servis secara terus kepada pengguna.

Faktor utama yang menjadikan pemasaran rangkaian sangat menarik adalah Pemilik Bisnes Bebas ini bukan sahaja boleh menjual produk atau servis syarikat kepada pengguna, malahan mereka boleh membesarkan bisnes dengan cara membantu orang lain ‘set up’ bisnes yang sama. Ini dikenali sebagai ‘penajaan’ dalam industri MLM. ‘Penajaan’ bukan sahaja menguntungkan jualan terusnya malah ia membolehkannya mendapatkan keuntungan atas jualan mereka yang ditaja.

Contoh bagaimana bisnes MLM berfungsi adalah seperti berikut. Katakan Pemilik Satu adalah IBO yang menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Selain keuntungan jualan terus (retail) yang didapati oleh beliau, syarikat juga memberikan bonus atau komisen berdasarkan jumlah jualan bulanannya.

Seterusnya Pemilik Satu tadi ingin membesarkan perniagaannya dan menaja pula Pemilik Dua. Pemilik Dua juga berjaya menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Seperti Pemilik Satu, Pemilik Dua juga akan mendapat bonus atau komisen atas jumlah jualan bulanannya disamping untung jualan terus yang dilakukannya. Dengan menaja Pemilik Dua, Pemilik satu yang tadi telah menjual RM1,000 setiap bulan akan juga dihargai dari hasil jualan RM1,000 Pemilik Dua. Dengan demikian, jumlah jualan Pemilik Satu akan dikira sebagai mempunyai jumlah jualan kumpulan RM2,000.

Jika Pemilik Dua membesarkan bisnesnya dengan menaja Pemilik Tiga, Pemilik Dua akan dihargai terhadap sebarang jualan yang dilakukan oleh Pemilik Tiga. Oleh kerana, Pemilik Satu yang bertanggungjawab menaja Pemilik Dua, maka Pemilik Satu akan juga dihargai atas jualan Pemilik Dua dan Pemilik Tiga. Keupayaan untuk menjana pendapatan dari pelbagai aliran menjadikan pemasaran rangkaian sangat popular dan menguntungkan bagi mereka yang menyertainya.

Oleh kerana strukturnya, bisnes pemasaran rangkaian seringkali di salah anggap sebagai skim piramid dan semua syarikat MLM adalah haram. Sebenarnya, syarikat pemasaran rangkaian yang sah bukanlah skim piramid. Pandangan bahawa syrikat MLM adalah skim piramid haram telah lama wujud sejak 1975 lagi apabila kerajaan USA menuduh Amway Corporation menganjurkan skim piramid haram. Tetapi, perundangan negara tersebut telah mengesahkan bahawa pelan pemasaran rangkaian yang digunakan oleh Amway adalah sebenarnya sebuah model bisnes yang tidak menyalahi undang-undang. Keputusan mahkamah itu telah menyebabkan banyak syarikat MLM disahkan menurut undang-undang.

Tetapi, ini tidak bermakna semua syarikat MLM adalah bisnes yang sah, Usahawan yang ingin menyertai bisnes pemasaran rangkaian harus berhati-hati memilih organisasi syarikat yang disertai. Banyak faktor yang harus diberikan pertimbangan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Malaysia juga ada mengeluarkan panduan ciri-ciri skim yang diharamkan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna dalam sistem bisnes pemasaran rangkaian ini.

About Ratubuah

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business (TONE GROUP & AMWAY). From Kuala Lumpur, Malaysia.
This entry was posted in ABC Pemasaran Rangkaian and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s